Sebanyak 37 sekolah usang di seluruh Sarawak dikenal pasti untuk pelaksanaan pembangunan semula fasa pertama membabitkan peruntukan RM1 bilion.
Berdasarkan senarai yang dikemukakan Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pendidikan, sekolah-sekolah tersebut melibatkan:
1. SK Kujang Mawang, Serian
2. SMK Balai Ringin, Serian
3. SK Anchi, Miri
4. SK Beluru Central, Miri
5. SK KG Baru, Kapit
6. SK Abun Matu, Belaga
7. SK Abang Amin, Maradong
8. SK Nanga Tada, Kanowit
9. SMK Rosly Dhoby, Sibu
10. SK Nanga Gayau, Betong
11. SK Melugu, Sri Aman
12. SK Nanga Meluan, Julau
13. SK Pendam, Samarahan
14. SK Sg Sepiring / Sg Tepus, Selangau
15. SK Nanga Machan, Kanowit
16. SK Grogo, Bau
17. SK Kpg Senari, Kuching
18. SK Lebur Remun, Serian
19. SK Tebelu, Simunjan
20. SK SLDB No.1, Mukah
21. SK Sg Tisang, Bintulu
22. SK Sg Setiam, Bintulu
23. SK Bario, Baram
24. SK Sambir, Samarahan
25. SK Long Pelutan, Baram
26. SK Kuala Serupai, Tatau
27. SK Labang, Sebauh
28. SK Nanga Kesit, Lubok Antu
29. SK Kambug, Padawan
30. SK KG Bobak / Sejinjang, Bau
31. SK Ulu Kakus, Tatau
32. SK Sg Lemaus, Subis
33. SK Long Busang, Belaga
34. SK Adin, Sarikei
35. SK Raba, Simunjan
36. SK Bulan Jeragam, Simunjan
37. SK Hj Junid, Saratok
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak bertarikh 28 Ogos 2019, perkembangan ini dimaklumkan kepada Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam satu taklimat Jawatankuasa Teknikal mengenai Pelaksanaan Pembangunan Sekolah-sekolah usang pada tarikh tersebut.
Jawatankuasa Teknikal itu dipengerusi bersama Ketua Pengarah Kerja Raya dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak yang turut membabitkan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Setiausaha Kewangan Negeri, Pengarah Pendidikan Sarawak, wakil-wakil JKR Malaysia dan JKR Sarawak serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Ketua Menteri melalui kenyataan tersebut turut memberitahu, projek pembangunan semula (sekolah) akan dilaksanakan sehingga akhir Disember tahun ini yang mana proses mengeluarkan tender baharu sahaja bermula.
Jawatankuasa ini akan mengemukakan laporan kemajuan kepada Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Negeri yang dipengerusikan bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah dan Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian.
Pada masa yang sama, Ketua Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada ahli jawatankuasa iaitu Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan atas komitmen mereka memastikan inisiatif pembangunan semula dilaksanakan dengan baik untuk manfaat pelajar.