- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Menaik Taraf Prasarana Pelabuhan di Sarawak

Must read

Pelabuhan dilihat sebagai kemudahan yang sangat penting dalam menyokong aktiviti ekonomi kerana ia bertindak sebagai penghubung antara pengangkutan laut dan darat di Sarawak.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, dalam memenuhi tuntutan perdagangan global, kemudahan dan prasarana pelabuhan perlu ditingkatkan.

Ia juga harus dilengkapi dengan jentera dan teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya serta menjadikannya lebih menarik sebagai tempat transit dan hub transit.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 4 November 2019.

Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan tiga projek antaranya yang pertama projek Penyelidikan, Tinjauan, Kajian Hidraulik dan Penyediaan Induk Pelabuhan Laut Dalam di Tanjung Po, Kuching yang menelan kos sebanyak RM8 juta.

Projek seterusnya adalah pembinaan Sistem Pengurusan Lalu Lintas Kapal Kuching yang bernilai RM30.5 juta untuk meningkatkan keselamatan pelayaran dan RM40 juta untuk pemasangan bantuan navigasi untuk Kuala Rajang bagi meningkatkan saluran akses navigasi yang selamat ke Tanjung Manis dan Pelabuhan Rajang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article