- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sarawak Cadang Perkenal Cukai Jualan Negeri Terhadap Produk Aluminium

Must read

Kerajaan Negeri bercadang memperkenalkan Cukai Jualan Negeri (SST) pada kadar satu peratus (1%) terhadap produk aluminium yang dieksport dari negeri ini, mulai Januari 2020.

Ini sebahagian daripada usaha bersepadu meningkatkan aliran pendapatan melalui penyusunan semula asas pendapatan Sarawak bagi membolehkan negeri mengekalkan momentum pembangunannya sejajar dengan kadar pembangunan pesat yang memerlukan jumlah pembiayaan yang besar.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 4 November 2019.

Hasil cukai yang dijangka daripada produk aluminium, jelas beliau adalah sebanyak RM58 juta daripada jumlah anggaran hasil cukai sebanyak RM4.631 bilion atau 46 peratus daripada jumlah anggaran hasil negeri pada 2020.

Selain itu, kerajaan negeri menurut beliau akan menyemak semula tarif untuk pemisahan air mentah daripada satu sen setiap meter padu kepada 2.5 sen setiap meter padu.

Beliau memberikan jaminan bahawa kenaikan kadar tarif akan hanya membabitkan penyedia kuasa dan bekalan air manakala caj elektrik dan air kepada pengguna daripada industri dan juga kediaman akan kekal tidak berubah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article