- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

RM5.145 bilion bagi pelaksanaan projek infrastruktur berimpak tinggi

Must read

Bagi mencapai negeri yang berpendapatan tinggi menjelang 2030, aspek infrastruktur merupakan asas penting yang perlu dibangunkan untuk merancakkan serta merangsang ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Lanjutan daripada itu, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 4 November 2019 telah mengumumkan peruntukan RM5.145 bilion bagi pelaksanaan pelbagai projek jalan dan jambatan

Antaranya termasuklah projek Rangkaian Jalan Pesisir Pantai termasuk pelaksanaan jambatan utama seperti Jambatan Batang Kemena, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Igan

Selain itu, projek Jalan Utama Kedua yang menyediakan jalan alternatif lebih pendek ke jalan raya utama, Lebuhraya Pan Borneo dan Rangkaian Jalan Pantai serta pelbagai jalan dan projek jambatan di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA).

Projek-projek lain yang juga akan dilaksanakan adalah Pembinaan jalan dari Marudi ke Mulu melalui Long Terawan, Miri, Pembinaan Jalan Ulu Tubai ke Mentawai / Gunung Buda, Limbang, Menaiktaraf Jalan Pakan, Sarikei;

Cadangan Jalan Nanga Menuan / Nanga Setepus Jalan, Kapit, Cadangan Jalan Kpg Sebauh ke Jalan Sebauh Hilir, Bintulu, Pembinaan Jalan Kampung Igan ke Sg. Rumah panjang Ilas dan Kpg. Sah, Kebuaw, Btg. Igan, Mukah dan Pembinaan Jalan Ijok / Teguyo / Lempaong / Batu Pesok / Rantau Layang, Betong.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article