- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Mukah Giat Mengerakkan Pembangunan Modal Insan untuk SCORE

Must read

Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah yang sedang dalam pembinaan

Bahagian Mukah yang merupakan sebahagian daripada nadi pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) berada di landasan tepat dengan menggerakkan pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan pembangunan koridor tersebut pada masa hadapan.

Di awal pembangunan Bahagian Mukah, boleh dilihat cuma ada dua (2) institusi pengajian tinggi utama, iaitu Politeknik dan Universiti Teknologi MARA Kampus Mukah selain pusat-pusat kemahiran yang lain seperti Pusat Giat MARA dan Kolej Komuniti.

Perkembangan terkini bakal merealisasikan visi Mukah sebagai bandar Bestari dengan hab pendidikan yang sedang dan bakal dibangunkan seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Laila Taib dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

Adanya institusi-institusi pendidikan ini, Mukah akan dapat melahirkan ramai belia yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan peluang-peluang yang terdapat di kawasan sekitar seperti Loji Janakuasa Mukah dan Loji Janakuasa Balingian

Kerajaan Sarawak juga telah mewujudkan Matadeng Industrial Park untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada bakal-bakal graduan.

Pada masa yang sama, institusi pengajian tinggi digalakkan untuk mewujudkan kerjasama dengan pemain-pemain industri seperti Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan memberikan penekanan terhadap subjek-subjek teknikal atau kemahiran yang berkaitan untuk memastikan graduan mendapat peluang pekerjaan yang cerah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article