- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Aplikasi untuk Bandar Pintar sedang Dilaksanakan

Must read

Bandar raya Miri akan menjadi model Bandar Pintar pertama di Sarawak

Kerajaan Sarawak sedang membangunkan aplikasi “Bandar Pintar” bagi meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan awam di beberapa buah bandar utama di negeri ini.

Sebagai permulaan usaha berkenaan, bandar raya Miri akan dijadikan sebagai model Bandar Pintar yang pertama.

Setakat ini, beberapa aplikasi seperti sistem pengumpulan sampah dan sistem maklumat pintar sudah mula dilaksanakan di Miri dan akan mengambil masa selama sembilan bulan untuk disiapkan.

Pada masa yang sama, satu pelan induk Bandar Pintar juga sedang dibangunkan untuk Bandar Raya Kuching yang turut meliputi kawasan penempatan baharu Darul Hana, Petra Jaya.

Sehubungan itu, pelbagai infrastruktur dan teknologi yang diperlukan termasuk pusat arahan (command centre) akan dimasukkan ke dalam projek Bandar Pintar Kuching.

Sebelum ini, beberapa inisiatif dalam mewujudkan Bandar Pintar telah pun dilaksanakan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) seperti e-dompet Sarawak Pay dan sistem identiti tunggal untuk perkhidmatan atas talian yang merekodkan seramai 290,000 orang pengguna.

Selain itu, sistem lampu isyarat pintar yanag mampu mengurangkan tempoh perjalanan sebanyak 30 peratus juga sedang dibangunkan.

Buat masa sekarang, sebanyak 140 buah simpang di bandar raya Kuching telah dikenal pasti untuk dipasangkan dengan lampu isyarat pintar sebelum diperluaskan ke bandar-bandar utama yang lain.

Satu lagi aplikasi Bandar Pintar yang sedang dibangunkan adalah Pusat Operasi Bersepadu Sarawak dan platform CCTV yang bertujuan untuk mengukuhkan maklumatt dalam pemantauan dan pengurusan bencana, keselamatan dan agenda pembangunan di negeri ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article