- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

FinTecH Memudahkan Transaksi

Must read

Pengguna kini boleh melakukan sebarang pembayaran dan transaksi dengan lebih mudah melalui FinTech

Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) menjalin kerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mewujudkan satu platform yang dikenal sebagai FinTech yang membolehkan transaksi kewangan dilakukan dengan mudah secara elektronik tanpa melalui mesin juruwang automatik atau bank akaun.

FinTech merupakan gabungan perkhidmatan Sarawak Pay dengan perkhidmatan ejen BSN yang menyediakan perkhidmatan kewangan bersepadu yang mudah diakses bagi membantu para pelanggan terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar untuk melakukan transaksi dengan mudah tunai melalui telefon pintar.

Kemudahan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar kerana dengan adanya FinTech, pengguna kini boleh melakukan sebarang pembayaran dan transaksi dengan lebih mudah tanpa perlu risau untuk membawa wang secara tunai ke kedai-kedai dan sebagainya.

Merujuk pada rekod Ejen Bank BSN (EB BSN), jumlah transaksi yang dicatat setakat Februari 2020 ialah sebanyak RM304,118, dan kini sudah terdapat 392 ejen BSN di seluruh Sarawak.

Sementara itu, pengguna Sarawak Pay juga terus meningkat dengan jumlah pengguna yang direkod setakat Februari 2020 adalah seramai 237, 415 orang dan 13, 080 jumlah peniaga dengan nilai transaksi berjumlah RM227 juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article