Rumah panjang di luar bandar Sarawak yang dipasang panel tenaga solar
Bekalan tenaga elektrik boleh diperbaharui di peringkat global semakin meningkat daripada yang dijangkakan dan mampu berkembang sebanyak 50% dalam tempoh lima tahun akan datang.
Salah satu penyumbang kepada peningkatan tersebut adalah peggunaan tenaga solar.
Di kebanyakan negara, kos tenaga solar menurun lebih rendah daripada tarif bekalan elektrik.
Menjelang 2024, kos tenaga solar dijangka lebih menurun sebanyak 15% hingga 35%.
Pemasangan panel solar sebagai tenaga alternatif membantu mengurangkan pelepasan karbon dan mengurangkan kesan perubahan iklim.
Sedekad yang lalu, kos purata pemasangan panel solar telah jatuh sebanyak 70%.
Salah satu jenis panel solar adalah panel solar dwimuka atau ‘bifacial’ yang boleh menghasilkan tenaga melalui kedua-dua permukaan, tidak seperti panel solar biasa.
Panel solar dwimuka dapat meningkatkan hasil tenaga sehingga 15% serta lebih tahan lama sehingga 30 tahun berbanding dengan 25 tahun untuk panel solar biasa.