- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pastikan topeng muka dipakai dengan cara yang betul

Must read

Pastikan topeng dipakai dengan betul dengan permukaan berwarna di bahagian luar

Topeng muka atau topeng pembedahan biasanya dipakai oleh petugas-petugas perubatan dan penjagaan kesihatan untuk mencegah jangkitan yang disebar melalui titisan pernafasan.

Topeng muka mempunyai tiga lapisan, iaitu lapisan di bahagian luar, tengah dan lapisan di bahagian dalam.

Lapisan luar yang kebiasaannya berwarna biru atau hijau adalah bahan hidrofobik yang berfungsi sebagai penahan bendalir dan lapisan dalam yang berwarna putih berfungsi sebagai penyerap kelembapan yang terkandung dalam ruang udara.

Manakala lapisan di bahagian tengah pula bertujuan untuk menapis bakteria.

Fungsi lapisan berwarna biru atau hijau adalah untuk mencegah bakteria daripada melekat.

Oleh itu, pastikan topeng dipakai dengan betul dengan memastikan lapisan yang berwarna biru atau hijau berada di bahagian luar.

Jika topeng dipakai secara terbalik, kelembapan dalam udara yang mengandungi bakteria akan melekat pada permukaan putih.

Sekiranya pemakai bernafas dengan memakai topeng yang terbalik, bakteria akan mudah dipindahkan dari luar dan terus ke dalam paru-paru.

Perlu diingatkan bahawa topeng muka mesti dipakai dengan mentup kedua-dua hidung dan mulut dan hanya digunakan untuk satu masa sahaja.

Pemakaian satu topeng muka yang sama untuk jangka masa yang lama juga tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article