- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Penggunaan Tenaga Alternatif : Kerajaan Telah Laksanakan Penyelidikan dan Pembangunan Sejak RMK7

Must read

Kementerian Sains, Tenaga dan Inovasi (MOSTI) telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas tenaga boleh diperbaharui dan alternatif sejak Rancangan Malaysia Ketujuh lagi.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Haji Fadillah bin Yusof di Dewan Rakyat pada 27 November 2008 ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Rompin, YB Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis yang ingin tahu tentang program dikenal pasti untuk mempergiat dan membangunkan lagi penggunaan tenaga boleh diperbaharui termasuk nuclear berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), apakah usahausaha Kerajaan mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi biomass, biogas, tenaga suria, angin, hidro dan gas hidrogen.

Menurut Haji Fadillah lagi, kerajaan telah menyediakan beberapa geran penyelidikan seperti Intensifications of Research in Priority Areas (IRPA), ScienceFund, TechnoFund, Commercialization of R&D Fund (CRDF) dan Technology Acquisitions Fund yang mana sehingga kini MOSTI telah membiayai sebanyak 132 projek berkaitan tenaga automotif yang dijalankan oleh universiti dan institusi pendidikan tempatan melibatkan pembiayaan sebanyak RM126,998 juta, untuk itu potensi sumber tenaga alternatif lain seperti tenaga solar, angin dan biomass yang termasuk juga bio-diesel, bio-terma, bio-gas dan bio-hidrogen sedang dikaji dengan giatnya. Buat masa ini juga kementerian ini bersama Kementerian Tenaga, air dan Komunikasi dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan kertas cadangan untuk memajukan tenaga nuklear sebagai salah satu option sumber tenaga di negara.

Beliau seterusnya menambah bahawa  untuk menerajui R&D tenaga alternatif ini kementerian telah menubuhkan pasukan petugas tenaga boleh diperbaharui yang antara lainnya akan :

mengenal pasti projek-projek R&D berpotensi yang telah dibiayai oleh MOSTI supaya teknologi tersebut boleh dilaksanakan secara projek perintis terutamanya kepada komuniti akar umbi.
mengenal pasti, memupuk dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan kecil dan sederhana untuk memajukan aplikasi teknologi sedia ada sehingga ke peringkat perintis atau pun pilot scale terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman dan
mempertingkatkan sistem pengurusan dan perkongsian maklumat R&D teknologi tenaga diperbaharui. SIRIM sebagai sebuah agensi di bawah MOSTI juga sedang mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan bidang tenaga boleh diperbaharui dengan menandatangani perjanjian persefahaman dan kerjasama dengan institusi penyelidikan luar negara. Sebagai contoh pihak SIRIM sedang mengenal pasti teknologi kincir angin yang sesuai untuk digunakan di Malaysia seperti teknologi kincir angin daripada ‘Althorn’ ‘AkronTechnology’, Rusia dan juga Suzlon Technology daripada India serta kemungkinan kincir angin dihibridkan dengan teknologi solar, bateri dan diesel.

Menjawab status Dasar Baru Tenaga Negara daripada YB Dato’ Dr. Haji Jamaludin, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan bahawa kajian bagi merangka dasar dan strategi tenaga yang baru termasuk jaminan bekalan bahan api sedang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Laporan akhir kajian dijangka disiapkan pada Oktober 2009. Di samping itu pelan tindakan bagi pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui dan pelan tindakan mengenai kecekapan tenaga sedang disediakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Menjelaskan lebih lanjut tentang usaha pengkomersilan hasil R&D, YB Haji Fadillah menyatakan bahawa usaha ini sebenatnya melibatkan beberapa perkara.

“Pertamanya, bahagian kajian melibatkan pakar-pakar. Keduanya ialah bagaimana hendak bawakan kajian itu ke pasaran.”

“Hasil kajian awal beberapa perkara dapat digunakan sebenarnya terutamanya di peringkat industri. Sebagai contoh dalam bidang R&D, dalam bidang alternatif tadi ialah TSH, TFB Fire Cogeneration Plant di Kulim yang menggunakan tandan kosong, sabut dan kulit buah kelapa sawit yang digunakan oleh Sime Darby palm fiber dan share fire cogeneration plant di Kulim, Kedah. Rise High Fired Cogeneration Plant di Parit Buntar, Perak. Ini adalah kajian awal daripada universiti yang diambil oleh industri untuk digunakan. Akan tetapi cabaran kita sekarang bagaimana hendak membawa kepada peringkat rakyat keseluruhannya. Di sinilah cabarannya sebab untuk memasarkan melibatkan kos yang besar. Oleh sebab itu, langkah kita ialah untuk membawa hala projek ini, di mana kita menyediakan peruntukan supaya pilot scale ini dapat kita jalankan dan diambil oleh peringkat pasaran.”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article