- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pesta Ria Bandarayaku Anjuran DBKU

Must read

Dewan Bandaraya Kuching Utara buat julung kalinya akan mengadakan Pesta Ria Bandarayaku bertempat di Esplanade Kuching Jalan Gambier pada 22 Mei 2010 (Sabtu) jam 7 pagi. Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj Mohamad Atei Bin Abang Medaan Datuk Bandar Kuching Utara.

Ini merupakan program pertama anjuran DBKU selepas Majlis Perasmian Esplanade pada 5 Mac lalu  oleh YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud. Dengan adanya Esplanade ini diharap dapat menarik ramai lagi pengunjung di kalangan wargakota mahupun pelancong. Oleh itu pihak DBKU telah merangka pelbagai aktiviti dan program bagi tujuan promosi Esplanade.
DBKU akan mengadakan pelbagai program di Esplanade sepanjang tahun ini. Antaranya adalah seperti:

  • Pesta Ria Bandarayaku
  • Kempen “I Love Kuching” Inconjuction With Hot FM 2010
  • Zaman Mensia
  • Kuching Di Hatiku Inconjunction With Hari Bertemu Pelanggan
  • Back To School

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak DBKU dengan wargakota sambil bersama-sama melbatkan diri dalam mengamalkan aktiviti sihat. Sebagai permulaan, pelbagai aktiviti telah diatur khas sempena dengan Program Pesta Ria Bandarayaku ini nanti.

Antaranya adalah seperti senamrobik, healthwalk, pertandingan karaoke, persembahan Autoshow, Car Booth Sale serta pameran-pameran daripada agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan dan juga daripada DBKU sendiri. Pelbagai hadiah menarik turut menanti kepada pengunjung yang berminat untuk menyertai pertandingan karaoke pada hari tersebut.

Kaunter permbayaran akan dibuka kepada wargakota untuk memudahkan pembayaran seperti Cukai pintu.  Selain daripada pameran DBKU terdapat juga pameran daripada agensi-agensi lain sepert Agensi Trineken, SAR Indah, FAMA, AADK, Jabatan Penjara, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Parol, Jabatan Kesihatan dna Pergigian dan juga PDRM.  Wargakota diberi ruang untuk menyuarakan sebarang kemusykilan, pendapat  dan disamping itu juga mendapat info daripada agensi-agensi berkenaan.

Acara Health Walk pula akan dijalankan disepanjang laluan pejalan kaki Esplanade dan Waterfront (2.5KM).  Acara ini juga akan disertai oleh Datuk Bandar Kuching Utara sendiri bersama-sama dengan pegawai-pegawai, staf-staf DBKU dan juga jemputan-jemputan dari pelbagai jabatan.  Hadiah dan cabutan bertuah juga turut disediakan kepada pemenang acara ini. DBKU juga akan mengadakan aktiviti Car Booth Sale pada hari berkenaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article