- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kempen Kitar Semula Terus Diperhebat

Must read

Sejajar dengan pengiktirafan Bandaraya Kuching sebagai sebuah Bandaraya Sejahtera, antara aspek yang sentiasa diberi penekanan adalah mengenai penyelenggaraannya sampah sarap. Bagi mengatasinya, salah satu inisiatif yang diambil pihak DBKU adalah dengan mengadakan Kempen Beli Balik Bahan Kitar Semula atau lebih dikenali sebagai “Buy Back Campaign” yang telah pun bermula sejak tahun 1993 lagi.

Menurut kenyataan media daripada DBKU, antara tujuan kempen ini adalah untuk memupuk semangat dan kesedaran wargakota terhadap aspek kebersihan persekitaran.  Ia juga mengalakkan orang ramai membuat spring cleaning di rumah masing-masing dan pada masa mengalakkan orang ramai menukar bahan kitar semula dengan wang tunai.

Kempen tersebut juga diyakini mampu mempertingkatkan tahap kebersihan alam sekitar yang juga mengurangkan kesan kepanasan global serta penyakit berjangkit.

Aktiviti terkini Kempen Kitar Semula akan diadakan pada 8 Januari 2011 (Sabtu) bertempat di hadapan Surau Darul Rahman, Taman Won Baru, Jalan Matang, Kuching dan tempat letak kereta dihadapan Bangunan KFC, Taman Westwood, Bukit Tuan, Jalan Tabuan, Kuching bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang.

Antara bahan-bahan buangan yang  diterima adalah seperti Surat Khabar / Kertas / Buku,Beg plastik / bekas plastik,Besi, Peralatan Komputer, Tin Aluminium, Scrap CD plate, Printer, Keyboard & mouse, Motherboard ,Hard disc, Socket,Telephone wire,Power supply, Adapter, Transformer,Air conditioner,Compressor

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article