- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

SCS Portal Kini Dilengkapi Ciri Interaktif

Must read

Sarawak Civil Service (SCS) Portal ataupun lebih dikenali sebagai SCS Portal kini dilengkapi beberapa ciri-ciri interaktif yang menjadikan portal tersebut lebih mudah dikendalikan dan ‘mesra pengguna’.

SCS Portal yang hanya dapat diakses melalui capaian rangkaian SarawakNet (www.sarawaknet. gov.my) serta digunakan di kalangan penjawat awam negeri Sarawak yang mencecah sekitar 30,000 penjawat awam dilihat sebagai tepat pada masanya dengan menggalakkan perkongsian maklumat di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Bukan itu sahaja, ia dapat merapatkan lagi perhubungan di antara penjawat awam dari pelbagai agensi dan pada masa yang sama membolehkan mereka bertukar idea, berita, cadangan dan pendapat di samping mengetahui dan memahami proses kerja dan perkhidmatan yang berbeza dari pelbagai agensi.

Ciri-ciri interaktif tersebut terdapat dalam MySCS (My Sarawak Civil Service) iaitu Laman Khas untuk pengguna SarawakNet yang membolehkan penjawat awam berinteraksi secara langsung dengan penjawat awam lain yang mengandungi paparan berita (My News Feed), gambar (My Photos), acara (My Events) dan urusan jual-beli dalam talian (My Marketplace).

Melalui MySCS, dalam My Profile (mengandungi profil dan maklumat latar belakang pengguna SarawakNet). Atas sebab keselamatan, hanya ahli didaftarkan dalam kumpulan tertentu boleh menerima dan membalas paparan maklumat dalam kumpulan terbabit.

Pengguna SarawakNet dalam My Profile juga boleh menghadkan akses maklumat untuk paparan semua dalam kumpulan, kumpulan tertentu dan akses terbuka.

Manakala di dalam My Event dan Photo Album, maklumat seperti memaklumkan acara tertentu dan memuatnaik gambar boleh dilakukan sendiri oleh pengguna dalam MySCS.

Kini penjawat awam terutama pengguna SarawakNet, dapat memberi maklum balas dan berinteraksi terhadap topik-topik yang diutara secara mudah dan pantas, di samping memanfaatkan sepenuhnya untuk menghantar maklumat ringkas, muat naik gambar, muat naik iklan, calendar upacara atau majlis dan sebagainya.

Selain ciri-ciri interaktif tersebut jenis-jenis maklumat yang boleh diperolehi melalui portal ini ialah Berita SarawakNet (mengandungi berita-berita yang bertujuan untuk edaran dalaman); Arkib Berita; Galeri Gambar; Muat Turun; Pautan Kegemaran; Pautan ke Aplikasi Kerajaan Elektronik (aplikasi e government); Pautan ke Laman Web Agensi Kerajaan Negeri Sarawak.

Satu lagi ciri menarik SCS Portal ialah komponen Berita Bergambar untuk berita SarawakNet dan kategori khusus untuk aplikasi kerajaan dan laman web agensi.

Portal ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan pada Februari 2012 ia dijangka ditambah dengan beberapa ciri-ciri baru seperti kad ucapan, perkongsian fail (file sharing) dan sudut kreatif.

Ia mula digunakan oleh pengguna SarawakNet pada 1 Disember 2011 dan berkuatkuasa pada hari yang sama dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa Hari Perkhidmatan Awam 2011 di Kuching.

SCS Portal yang terdapat dalam www.sarawaknet.gov.my dibangunkan khusus penjawat awam Negeri Sarawak dan pengguna-pengguna rangkaian SarawakNet berbeza dengan www. sarawak.gov.my yang merupakan portal rasmi kerajaan negeri Sarawak dibangunkan untuk tatapan umum atau mengandungi maklumat umum kerajaan Negeri Sarawak serta perkhidmatan dalam talian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article