- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Komited Melaksanakan Projek Pembangunan demi Keutamaan Rakyat

Must read

Projek-projek pembangunan luar bandar perlu dilaksanakan segera bagi merapatkan jurang perbezaan di antara pembangunan bandar dengan luar bandar.

Bagi merealisasikannya, Kerajaan Sarawak komited untuk membiayai dan menyegerakan projek-projek yang sedang dilaksanakan demi keutamaan rakyat.

Dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2020, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg memaklumkan bahawa, projek-projek tersebut termasuklah projek jalan pesisir dengan kos RM5 bilion, projek bekalan air dengan kos RM2.8 bilion dan projek bekalan elektrik yang berjumlah RM2.37 bilion.

Sebahagian besar penduduk luar bandar Sarawak telah pun merasai impak dan menikmati manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan seperti rangkaian jalan raya dan bekalan air dan elektrik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article