- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 sebagai strategi utama pembangunan ekonomi negara

Must read

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) yang dilancarkan pada tahun lepas (2019) akan menjadi kerangka kepada usaha kerajaan untuk meletakkan keusahawanan sebagai satu strategi utama pembangunan ekonomi negara.

Dasar tersebut akan memberikan tumpuan kepada lima objektif utama iaitu mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mapan,

Selain itu, membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan di samping meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan; berfikiranglobal dan kompetitif

Objektif keempat mempertingkatkan keupayaan usahawan tempatan dan industri kecil dan sederhana (PKS) serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Bagi memastikan kelima-lima objektif Dasar Keusahawanan terlaksana – enam (6) elemen teras yang dikenal pasti menunjangi usaha tersebut iaitu Pembudayaan Keusahawanan, Penjajaran Semula Sistem Kawal Selia dan Capaian Kepada Pembiayaan Kewangan, Pengukuhan Pembangunan Keusahawanan Bersepadu dan Holistik, Penumpuan Kepada Perusahaan Berteraskan Inovasi, Pemerkasaan Prestasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhanadan Pelonjakan Perusahaan Berpotensi Pertumbuhan Tinggi.

Melalui DKN 2030, kerajaan ingin melihat sumbangan sektor PKS yang lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan mensasarkan pada tahun 2025, sejumlah 45% sumbangan PKS kepada KDNK, 72% jumlah keseluruhan pekerjaan berada dalam sektor PKS dan 25% sumbangan eksport PKS kepada KDNK.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article