Aspek Integriti dan Profesional merupakan antara dua daripada 6 nilai bersama Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak selain Semangat Berpasukan, Berorientasikan Hasil, Baik Hati, Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya.
Melalui Amalan Integriti dan Profesional, memetik ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Jaul Samion ketika Hari Perkhidmatan Awam pada tahun lepas mengingatkan penjawat awam perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dengan meletakkan nilai tersebut pada kedudukan paling teratas berbanding kepentingan peribadi.
Selain itu, bertindak dengan profesional selaras dengan undang-undang dan menegakkan pentadbiran yang adil, menjalankan kewajipan fiduciary dengan penuh tanggungjawab, berurusan dengan pelanggan dengan adil, cekap, pantas dan jujur.
Di samping itu, dalam menasihati atau memberi maklumat, sentiasa menyatakan fakta dan isu yang berkaitan berdasarkan keterangan kukuh, dan membetulkan apa-apa kesilapan secepat mungkin dan berkhidmat kepada “Kerajaan yang Mentadbir” dengan memberikan perkhidmatan terbaik dengan menepikan perkara berkaitan politik walaupun apapun kepercayaan politik mereka.
Penjawat awam hendaklah perlu sentiasa mengingatkan diri mereka bahawa ekspektasi rakyat terhadap penjawat semakin tinggi dan atas kepercayaan itulah perkhidmatan awam perlu membawa perubahan positif, bergerak lebih pantas dan lebih jauh dan melaksanakan tugas dengan penuh cekap dan jujur.