- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

“QMUNITY” Sistem Pengesan Terbaharu Menghindari COVID-19

Must read

Aplikasi QMUNITY yang telah dibangunkan bagi menghindari COVID-19

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah mencipta aplikasi QMUNITY sebagai usaha membendung COVID-19 yang kini sedang mengancam serta meragut ribuan nyawa di seluruh dunia.

Aplikasi yang diciptakan hasil kerjasama dengan syarikat JT Utama Sdn. Bhd. dan ARX Media Sdn. Bhd. ini akan memudahkan pihak Bandaraya mengesan individu yang telah berdaftar pada aplikasi ini bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan COVID-19.

Dengan aplikasi QMUNITY, pihak Bandaraya akan dapat mengesan pergerakan individu dengan mudah termasuk rekod sama ada individu tersebut pernah pulang dari luar negara, melawati kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah dan sebagainya bagi tujuan keselamatan.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga dapat memberi maklumat terkini lokasi yang diisytiharkan sebagai zon merah, jingga mahupun hijau.

Lebih hebat lagi, pelayar aplikasi ini akan memaklumkan tentang keadaan di sesuatu kawasan sama ada kawasan tersebut adalah dikategorikan sebagai zon merah atau hijau sekaligus akan mendorong pengguna aplikasi untuk lebih berwaspada.

Difahamkan bahawa aplikasi ini turut dibangunkan dengan ciri-ciri Kecerdasan Buatan (AI) dan mesra pengguna malah, pengguna juga akan dibekalkan dengan maklumat terkini berkenaan COVID-19 di seluruh negara dan Sarawak khasnya.

QMUNITY ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak MBKS dan setelah COVID-19 ini berakhir, ia akan menjadi sebahagian daripada komponen “Bandar Pintar”.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article