Pelanggan boleh menempah makanan segar tempatan secara atas talian melalui TIMOGAH.Com dan boleh membuat pembayaran secara online banking
TIMOGAH telah bekerjasama dengan para petani dan peniaga untuk membekalkan makanan segar tempatan secara atas talian bagi memenuhi permintaan pelanggan setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sepanjang tempoh PKP ini, TIMOGAH bukan hanya berjaya memenuhi permintaan pelanggan bahkan berjaya menyelesaikan masalah para petani kecil yang berdepan dengan kesukaran menjual hasil-hasil pertanian mereka.
Pelbagai cabaran telah diharungi oleh TIMOGAH dalam usaha membekalkan barangan keperluan dapur dan makanan segar kepada para pelanggan setiap hari, dan sesetengah tempahan terpaksa dihantar pada keesokan harinya kerana ia bergantung kepada situasi bekalan,
TIMOGAH melakukan servis penghantaran makanan segar di seluruh Bahagian Kuching meliputi Matang, Samariang, Demak, Petra Jaya, Batu Kawa, Tabuan Jaya, Bintawa, Pending, BDC, Stampin, Kota Sentosa, Kota Padawan, Batu 11, Batu 12, Siburan dan juga kawasan Samarahan.
Sepanjang tempoh PKP ini, TIMOGAH melakukan servis penghantaran sekitar jam 11 pagi sehingga pukul 6 petang manakala pada pukul 6 petang dan 7 pagi, TIMOGAH akan mengemaskini laman sesawang mereka.
Menurut pengasas TIMOGAH, encik Heneken Laluan, kesemua tempahan makanan segar dan pembayaran boleh dilakukan pada laman sesawang www.timogah.com.
Kebanyakan produk mereka berasal dari Borneo seperti sayur midin, ensabi, rebung, paku pakis, daun sabong, daun timun dayak, tepus serta buah-buahan tempatan seperti engkala, dabai, bambangan dan sebagainya yang terkenal di Sabah dan Sarawak.
TIMOGAH telah memberikan impak yang sangat besar kepada ekonomi para petani sekaligus berjaya mengurangkan jurang diantara petani luar bandar yang sering berdepan dengan masalah logistik dan perhubungan.
TIMOGAH adalah satu bentuk perniagaan berkonsepkan e-dagang yang bermatlamat untuk membantu para petani di luar bandar memasarkan hasil-hasil pertanian mereka di seluruh negara.