- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

E-Bazar Bukti Kesungguhan Kerajaan Menyokong Platform Digital

Must read

Art-111-01

E-Bazar yang menggunakan platform Facebook antara kumpulan peniaga dalam talian yang paling produktif

Pelaksanaan e-Bazar berikutan pembatalan bazar Ramadan di seluruh negeri disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sekadar langkah mencegah penularan wabak COVID-19, tetapi menunjukkan kesungguhan Kerajaan Sarawak menyokong platform digital dalam perniagaan.

Platform e-Bazar dibangunkan untuk memberi peluang kepada orang ramai berjual beli menggunakan teknologi digital dan pada masa yang sama adalah untuk memastikan kemeriahan sambutan bulan Ramadan terus dirasai meskipun bazar Ramadan telah dibatalkan.

Sepanjang tempoh PKP, jumlah pendaftaran pengguna baharu untuk aplikasi Sarawak Pay telah meningkat dengan mendadak manakala pendaftaran bagi peniaga baharu pula telah meningkat sebanyak 52 peratus.

Dari 16 hingga 22 Mac, Sarawak Pay telah merekodkan jumlah pengguna baharu adalah sebanyak 2,816 orang dan 139 peniaga baharu manakala dari 23 hingga 29 Mac, jumlah pengguna baharu adalah sebanyak 5,447 orang dan  jumlah peniaga baharu adalah 167 orang.

Walau bagaimanapun, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) mengingatkan para penjual agar mereka tetap mematuhi Perlindunngan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 dalam semua trasaksi perniagaan.

Begitu juga dengan penjual untuk pasaran media sosial, dimana mereka perlu mengetahui undang-undang kecil seperti yang termaktub dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010, termasuk untuk mendapatkan keperluan permit operasi, pensijilan dan latihan kesihatan.

Manakala, para pelanggan pula perlu bertanggungjawab untuk memeriksa kesesuaian dan kualiti tawaran sebelum melakukan pembelian dan berwaspada dengan penipuan.

Untuk tujuan keselamatan, pengguna diingatkan untuk sentiasa mengawal selia kata laluan dan maklumat log masuk, keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) hendaklah jelas untuk dikuatkuasakan manakala rekod transaksi hendaklah disimpan selepas membuat pembelian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article