- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Kuching Muncul Juara Sepak Takraw MAKSAK Sarawak

Must read

Datuk Morshidi dan Hang Tuah Merawin (empat dan tiga dari kanan masing-masing) bergambar dengan pasukan Kuching

Pasukan Kuching muncul juara dalam Pertandingan Sepak Takraw MAKSAK Sarawak Antara Bahagian yang berlangsung pada 14-15 Julai di Stadium Tertutup Beleteh di sini.

Mereka mengalahkan pasukan Miri 21-16 dan 21-18 dalam perlawanan akhir manakala pasukan Kapit dan Sarikei menduduki tempat ketiga bersama.
Sebelas buah bahagian melibatkan kira-kira 160 orang pemain dan pegawai dari seluruh negeri telah menyertai pertandingan selama dua hari itu. 11 pasukan itu ialah Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit selaku tuan rumah, Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong.

Selain hadiah utama untuk empat pasukan terbaik, hadiah-hadiah sampingan turut menjadi rebutan. Pemenang pemain tekong terbaik ialah Sofri bin Abdul Razak dari Sarikei; pemain apit kiri terbaik ialah Abdul Hadi bin Junaidi dari Kapit; pemain apit kanan terbaik ialah Bujang Hj. Hossen dari Kuching; dan pemain paling veteran ialah Edwin Langit dari Sibu.


Pasukan-pasukan dari sebelas buah bahagian (gambar kiri) dan
perlawanan akhir sedang berlangsung antara pasukan Kuching dan Miri (kanan)

Residen Bahagian Kapit Hang Tuah Merawin selaku pengerusi pengelola yang juga merupakan Pengerusi MAKSAK Bahgian Kapit telah melakukan “kick-off’ dalam satu majlis pembukaan ringkas pada hari pertama pertandingan.

Pertandingan berakhir dengan satu majlis penyampaian hadiah pada Ahad malam di Dewan Suarah Kapit yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSUK) Datuk Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani telah hadir untuk merasmikan majlis penutupan itu dan seterusnya menyampaikan trofi-trofi kepada para pemenang.

Dalam ucapan beliau pada malam itu, TSUK menyeru kakitangan awam agar sentiasa berdisiplin dan berdedikasi dalam tugas-tugas mereka supaya penyampaian perkhidmatan awam dapat ditingkatkan.

Beliau juga berharap setiap MAKSAK Bahagian dapat mempelbagaikan akvititi mereka terutamanya aktiviti berbentuk kebajikan, kebudayaan, kesenian dan kemasyarakatan di samping tidak mengetepikan ahli-ahli MAKSAK di daerah-daerah kecil.

Datuk Haji Mohamad Morshidi turut menekankan kepentingan keselamatan pejabat memandangkan beberapa kes pecah masuk pejabat kerajaan telah berlaku baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia Kameri bin Affandi selaku Setiausaha Agung MAKSAK Sarawak, Timbalan Residen Bahagian Kapit Emang Oyo Emang dan Pegawai Daerah Kapit Simon Japut Tiok.

Sumbangan: Pejabat Residen Bahagian Kapit

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article