- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Program GERAK Terus Diperkasakan

Must read

art-339-01Peserta-peserta Bengkel Pengenalan Rancangan Perniagaan di Politeknik METro Betong

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perindustrian Terminal dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara berterusan sebagai galakan dan pendedahan kepada golongan belia di Sarawak menceburi bidang keusahawanan.

Salah satunya ialah Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) yang diperkenalkan dibawah Transformasi Sosio Ekonomi (SET) dalam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Ke-5.

Pada tahun lepas, MINTRED telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM2.4 juta kepada 205 usahawan di bawah program GERAK dan Program Usahawan Graduan Dalam Bidang Teknikal dan Vokasional (USTEV) sebagai usaha untuk terus memperkasakan program ini.

Baru-baru ini, MINTRED sekali lagi menawarkan geran berjumlah RM20, 000 kepada graduan universiti yang ingin menceburi bidang perniagaan.

GERAK merupakan satu program khusus untuk membantu para graduan yang ingin menceburi bidang keusahawanan bagi memulakan, memperbesar serta mempelbagaikan perniagaan mereka sekaligus untuk meningkatkan penyertaan graduan dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Selain itu, program ini juga bertujuan mengurangkan kebergantungan graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam atau bekerja makan gaji serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui penubuhan perniagaan oleh peserta program GERAK.

Bagi membantu peserta program GERAK memulakan perniagaan, peserta yang memenuhi terma dan syarat akan diberikan bantuan yang bersesuaian seperti bantuan pendaftaran perniagaan, bantuan inkubator atau ruangan pejabat, bantuan mesin atau peralatan dan bantuan modal kerja.

Bagi usahawan yang belum memulakan perniagaan, mereka boleh memohon bantuan pendaftaran perniagaan program GERAK seperti kos mendaftarkan perniagaan, kos perkhidmatan pendaftaran perniagaan, kos sewaan alamat inkubator usahawan bagi pendaftaran perniagaan dan kos perkhidmatan setiausaha syarikat (bagi Syarikat Sendirian Berhad.)

Sehubungan itu, peserta program GERAK juga boleh memilih untuk mendaftarkan perniagaan berbentuk Milikan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Berhad atau Sendirian Berhad.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article