- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kes Positif COVID-19 di Seluruh Dunia Menghampiri Angka 20 juta

Must read

art-357-01

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan lebih 200,000 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka jangkitan wabak berkenaan menghampiri 20 juta kes di seluruh dunia.

Setakat ini, sebanyak 19.73 juta kes dicatatkan di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas, iaitu dengan lebih 5.03 juta kes.

Negara Brazil merupakan negara kedua tertinggi dengan kes jangkitan positif, iaitu sebanyak 3.01 juta diikuti India ketiga dengan 2.15 juta kes.

Manakala Rusia dan Afrika Selatan PULA melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 885,000 kes dan 559,000 kes.

Tujuh negara lain yang melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19 merangkumi Mexico, Peru, Chile, Iran, Colombia, United Kingdom dan Sepanyol.

Sementara lapan negara, iaitu Arab Saudi, Pakistan, Itali, Bangladesh, Turki, Perancis, Jerman dan Argentina mencatatkan angka kes positif melebihi 200,000.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article