- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pertanian Bandar Masa Depan Menggunakan Lampu LED

Must read

art-404-01Konsep Pertanian Bandar Masa Depan menggunakan lampu Diod Pemancar Cahaya (LED)

Kekangan ruang untuk bercucuk tanam di kawasan bandar kini tidak lagi menjadi halangan setelah kaedah pertanian bandar masa depan menggunakan lampu Diod Pemancar Cahaya (LED) diperkenalkan hasil kajian dan penyelidikan Jabatan Pertanian Malaysia.

Konsep pertanian bandar masa depan yang menggunakan lampu LED ini bertujuan untuk menggantikan cahaya matahari.

Kaedah ini membolehkan penanaman sayuran dilakukan di dalam pejabat, bangunan, dan kontainer terpakai sehingga membolehkan masyarakat menjalankan aktiviti bercucuk tanam tanpa mengira masa serta keadaan cuaca.

Inovasi yang dihasilkan ini disifatkan sebagai cekap tenaga dan mampu mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan tenaga kerja yang ramai selain menjadikan ia sebagai pencetus minda rakyat dalam bidang pertanian dan keusahawanan.

Mengaplikasikan konsep penanaman ini, mereka yang ingin terlibat dalam aktiviti pertanian tidak perlu lagi bersusah payah bercucuk tanam di bawah terik panas cahaya matahari sambil melakukan kerja-kerja yang berat dan sukar.

Konsep pertanian bandar masa depan ini menggabungkan dua kaedah pertanian bertingkat apabila sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah hidroponik atau gentian sabut kelapa.

Ruang tanaman yang dipasang dengan penghawa dingin tidak akan memberi kesan terhadap tanaman kerana ia akan tetap membesar seperti biasa dengan syarat kelembapan persekitaran dan pancaran cahaya mesti dipantau selain memastikan bekalan nutrien seperti baja dan air sentiasa mencukupi.

Menerusi kaedah ini, pelbagai sayuran dapat ditanam antaranya sayur bayam, pakcoy, kailan dan salad malah, langkah penjimatan juga boleh dilakukan di samping kita dapat menikmati hasil yang segar.

Perkembangan teknologi pertanian kini membolehkan masyarakat tanpa mengira latar belakang mengusahakan tanaman walaupun di ruang yang terhad.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article