- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Ibu bapa Tunggal B40 dengan tanggungan akan dibayar insentif BKSS September 2020

Must read

art-405-01

Ibu bapa tunggal (IBT) dengan tanggungan, mereka akan menerima bayaran sepenuhnya insentif Bantuan Khas Sayangku Sayang (BKSS) Ketua Isi Rumah (KIR) B40 pada bulan September 2020, demikian menurut kenyataan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Usaha kini sedang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membuat pengesahan status IBT samada mereka merupakan IBT tanpa tanggungan atau IBT dengan tanggungan. Sekiranya mereka merupakan IBT tanpa tanggungan maka mereka hanya menerima insentif BKSS Bujang B40.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan pembayaran telah dibatalkan adalah tidak benar sama sekali kerana IBT dengan tanggungan yang terkesan akan mendapat pembayaran penuh setelah pengesahan status tanggungan dibuat.

Berdasarkan perkembangan sebelum ini, Kerajaan Sarawak mengambil maklum berlaku perubahan status kepada seramai 81,120 penerima asal BKSS KIR B40 kepada IBT tanpa tanggungan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak menangguhkan pembayaran kepada 81,120 penerima asal BKSS KIR B40 yang telah bertukar status menjadi IBT tanpa tanggungan atau dikategorikan sebagai Bujang dalam Pakej BKSS 2020.

Berdasarkan maklumat KIR B40 daripada LHDN dalam bulan Mac 2020 seramai 406,243 KIR layak menerima insentif kewangan RM250 sebulan untuk enam bulan. Mereka telah dibayar pada bulan April hingga Jun 2020 dengan peruntukan sebanyak RM304.68 juta.

Di samping itu, Kerajaan Sarawak juga membantu golongan Bujang B40 dalam Pakej BKSS 2020. Berdasarkan maklumat LHDN bulan April 2020, seramai 114,683 Bujang layak menerima insentif kewangan sekali sahaja iaitu sebanyak RM500 dan telah dibayar pada bulan Mei 2020 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM57.21 juta.

Secara keseluruhannya, seramai 520,926 penerima insentif BKSS B40 dan Kerajaan Sarawak telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM361.89 juta untuk membiayai insentif ini.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Sarawak masih menerima aduan daripada rakyat yang menganggap mereka layak mendapat insentif BKSS KIR dan Bujang B40 tetapi tidak tersenarai sebagai penerima.

Oleh yang demikian, Kerajaan Sarawak telah membuka rayuan BKSS 2020 melalui Pejabat Daerah dan secara atas talian. Di samping itu, Kerajaan Sarawak juga telah mendapatkan maklumat terkini KIR dan Bujang B40 daripada LHDN pada bulan Jun 2020.

Berdasarkan rayuan dan maklumat terkini B40 daripada LHDN, seramai 788,534 penerima yang layak iaitu peningkatan sebanyak 267,617 penerima atau 51.2%. Bilangan penerima terdiri daripada 369,139 KIR, 301,281 Bujang dan 118,114 Ibubapa Tunggal (IBT) tanpa tanggungan.

Kerajaan Sarawak telah meneruskan pembayaran BKSS 2020 B40 termasuk penerima tambahan yang layak pada bulan Julai dan Ogos dengan perbelanjaan sebanyak RM319.92 juta.

Kerajaan Sarawak melaksanakan Pakej BKSS 2020 bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kesukaran akibat pandemik Covid-19. Pakej ini telah membantu semua lapisan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah atau B40.

Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat dan akan memastikan rakyat yang terkesan dapat menerima bantuan sewajarnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article