- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Lima Manfaat Tersembunyi Hutan

Must read

art-420-02

Hutan meliputi hampir satu pertiga permukaan bumi dan merupakan tempat tinggal lapan daripada 10 spesies haiwan dan tumbuhan.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), hutan di dunia merangkumi lebih daripada 60,000 spesies pokok yang kesemuanya menyerap CO2 semasa tumbuh.

Walau bagaimanapun, tidak semuanya tumbuh dengan baik di kawasan hutan bumi. Hanya separuh daripada keseluruhan hutan yang masih utuh manakala satu pertiga pula adalah hutan primer, iaitu hutan semula jadi yang terdiri daripada spesies asli di mana aktiviti manusia tidak mengganggu ekologi semula jadi.

FAO juga mendedahkan lebih 20,000 spesies pokok berisiko dan lebih daripada 1,400 daripadanya berada dalam senarai kritikal.

Dianggarkan 420 juta hektar hutan telah hilang sejak tahun 1990 dan walaupun kadar kehilangan hutan menurun dengan perlahan, 10 juta hektar telah hilang antara tahun 2015 hingga tahun ini.

Menerusi platform media sosial Twitter, FAO mengingatkan dunia tentang lima (5) manfaat tersembunyi dan kebaikan hutan – daripada melindungi tanah hingga membekalkan air ke bandar-bandar di dunia.

  1. Hutan menyuburkan tanah

Hutan menstabilkan tanah dan mencegah hakisan yang terjadi dengan cepat akibat penebangan pokok. Hutan adalah rumah bagi mikroba tanah termasuk serangga, burung dan mamalia yang memainkan peranan penting dalam memperkaya dan menjaga kualiti tanah.

  1. Hutan menyerap karbon

Hutan bertindak sebagai ‘penyerap karbon’, memerangkap dan menyimpan CO2. NASA menganggarkan bahawa hutan tropika menyerap 1.4 bilion tan CO2 setiap tahun, sementara kajian pada tahun 2017 menganggarkan bahawa hutan akan menyerap sepertiga karbon atmosfera yang diperlukan untuk menjaga pemanasan global di bawah 2C pada tahun 2030.

  1. Hutan menyediakan berjuta-juta makanan

Lebih daripada 86 juta orang bergantung pada hutan untuk mencari nafkah demi kelangsungan hidup. Di seluruh dunia, 1 bilion orang bergantung pada makanan liar termasuk daging, serangga, tumbuhan, cendawan dan ikan. Selain menyediakan tanaman yang dapat dimakan dan melindungi sumber air, hutan juga menyediakan tempat perlindungan bagi binatang yang dipelihara oleh penghuni hutan.

  1. Hutan adalah saluran air semula jadi

Menurut FAO, hutan menyediakan “air yang bersih dan suci” yang bukan hanya untuk masyarakat pribumi, malah juga untuk kota-kota terbesar di dunia. Satu pertiga daripada metropolis dunia mendapat sebahagian sumber air minuman dari kawasan yang dilindungi hutan, termasuk Bogota, Jakarta, Karachi, Madrid, Mumbai dan Singapura.

  1. Hutan menjadi tuan rumah kepada 80% kepelbagaian bio bumi

Hutan adalah rumah bagi 80% haiwan, tumbuhan, kulat dan bakteria di dunia, merangkumi hampir dua pertiga daripada semua tanaman, tiga perempat daripada semua burung, 80% amfibia dan 68% mamalia. Menurut World Wide Fund for Nature (WWF), hutan hujan tropika adalah hutan yang paling berbagai dan kompleks secara biologi kerana mengalami hujan melimpah dan suhu yang tinggi secara konsisten.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article