- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

#PUWaS Membuka Peluang Usahawan Wanita Mendapatkan Lesen dan Permit Perniagaan

Must read

art-427-01Program #PUWaS yang diadakan di Dalat pada 21 higga 22 Ogos 2020

Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) telah mengambil langkah proaktif  bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawa (MINTRED), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pejabat-Pejabat Daerah untuk melaksanakan program #PUWaS.

#PUWaS adalah sebuah program yang memberi fokus terhadap konsultasi pendaftaran perniagaan dan lesen dagangan yang disyaratkan oleh agensi-agensi berkaitan bagi membolehkan usahawan wanita mendapatkan lesen dan permit.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak mula dilaksanakan pada bulan Julai 2020.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, sebanyak 4,190 permohonan pendaftaran untuk menyertai program #PUWaS bagi seluruh Sarawak telah diterima.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Hari Wanita 2020 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 29 Ogos 2020.

Setakat ini, sebanyak tiga (3) sesi telah dilaksanakan bermula di Kuching pada 14 hingga 15 Julai 2020 melibatkan 100 orang peserta dimana 99 orang peserta telah membuat pendaftaran perniagaan dan lesen dagangan manakala hanya 3 orang peserta memohon untuk mendapatkan lesen dan permit sementara.

Manakala program yang diadakan di Subis pada 10 hingga 11 Ogos 2020 membabitkan 50 orang peserta namun hanya 20 orang peserta sahaja yang telah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen dan permit sementara.

Sementara itu, program yang diadakan di Dalat pada 21 hingga 22 Ogos 2020 lalu telah membabitkan seramai 514 orang peserta.

hanya (3) orang peserta telah memohon untuk membuat pendaftaran perniagaan dan lesen dagangan manakala 63 orang peserta telah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen dan permit sementara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article