- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Membina Kerjaya Sebagai Petani Moden

Must read

art-438-01Encik Gregory anak Gumbang memilih kerjaya sebagai petani moden

Encik Gregory anak Gumbang, pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pertanian dari Universiti Malaysia Perlis (UMP) telah memilih kerjaya sebagai petani moden dengan mengusahakan projek fertigasi tanaman cili besar, nanas dan gaharu bersama ibunya Puan Reman anak Apon di kampung Sungai Palas, Limbang.

Antara faktor yang mendorong beliau memilih kerjaya sebagai petani moden sudah tentunya disebabkan minat dan latar belakang pendidikan yang menjurus kepada kejuruteraan pertanian serta pengetahuan asas tentang projek fertigasi selain berpotensi menjana pendapatan lumayan.

Menurut beliau, projek fertigasi yang menggunakan sistem automasi remote sensing agak senang untuk dilaksanakan kerana beliau sudah pun mempelajari sistem tersebut semasa di universiti.

Namun begitu, beliau tidak menafikan sistem fertigasi tidaklah seratus peratus dipelajari ketika berada di universiti kerana beliau turut memanfaatkan internet mealui platform Youtube untuk mempelajari amalan pertanian yang baik, cara-cara pengendalian dan cara menuai yang betul.

Kelebihan sistem fertigasi menurut beliau ialah, ianya lebih intensif pengairan dan kerja-kerja pembajaan dilakukan secara automatik.

Dengan itu, tugas beliau sebagai seorang petani sudah dapat dikurangkan kerana dia hanya perlu mengawal serangga perosak, penyakit serta menuai hasil sahaja.

Dari segi kos pula, di peringkat permulaan ia memang tinggi disebabkan peralatan yang sukar didapati terutamanya di Bahagian Limbang.

Kebanyakan peralatan yang digunakan untuk sistem fertigasi ditempah dari Semenanjung Malaysia dengan anggaran kos RM35 ribu untuk membina struktur rumah, hujan dan peralatan yang lain tidak termasuk bekalan air dan elektirk.

Bekalan air terawat dan elektrik harus sentiasa ada kerana sistem fertigasi tidak akan dapat beroperasi tanpa sumber tersebut.

Meskipun kos fertigasi jauh lebih tinggi daripada kaedah pertanian konvensional, namun hasil tuaian lebih berkualiti dan memuaskan kerana ia bukan saja dapat bertahan dalam jangka masa yang lebih lama, kerosakan akibat serangga perosak juga dapat dikurangkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article