- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Kerjaya Sebagai Usahawan Digital Semakin Diminati

Must read

art-440-01Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan ramai usahawan digital

Penglibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan digital telah meningkat dengan ketara seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang menceburi bidang ini antaranya ialah mereka tidak memerlukan modal yang besar, tidak memerlukan kepakaran atau pengetahuan khusus, bebas bekerja tanpa perlu mendengar arahan daripada orang lain dan sebagainya.

Keusahawanan digital merujuk kepada penciptaan sesuatu usaha baharu, kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini.

Perkembangan teknologi digital terkini membawa perubahan model perniagaan sedia ada dan penciptaan baharu, pengenalan produk dan perkhidmatan baharu serta peningkatan kecekapan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan lebih berdaya saing.

Pada hari ini, perniagaan atas talian melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram  dan laman web telah menjadi satu fenomena di kalangan usahawan muda masa kini kerana ia mampu menjadikan perniagaan mereka berkembang secara lebih global.

Ada sesetengah individu sanggup melepaskan kerjaya tetap mereka demi menggapai impian untuk menjadi seorang usahawan digital yang berjaya.

Misalnya Pengasas Timogah.com, Encik Heineken Laluan, sanggup melepaskan kerjaya sebagai seorang pendidik demi mengejar impian menjadi usahawan digital yang berjaya.

Sejak dari awal lagi, beliau sudah berhasrat untuk membangunkan sebuah syarikat sendiri dan ternyata hasratnya itu sudah berjaya direalisasikan apabila menubuhkan syarikat Timogah.com.

Begitu juga dengan Pengasas Kumang & Co. Puan Norazita Selani yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru semata-mata mahu menjadi seorang usahawan.

Menurut beliau, Kumang & Co. telah memanfaatkan media sosial seperti Instagram dan Facebook sejak 2014 bagi memasarkan produk-produk mereka dan setakat ini Kumang & Co. sudah mempunyai 15.2 ribu pengikut di Instagram dan 30 ribu peminat di halaman Facebook.

Ternyata platfrom media sosial telah memberi kesan yang begitu besar kepada ramai usahawan muda untuk meluaskan jaringan perniagaan mereka sehingga menjana pendapatan yang besar setiap bulan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article