- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Tujuh Kemahiran Insaniah yang Perlu Dikuasai

Must read

Kemahiran Insaniah (Soft Skills) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik.

Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran khusus mengenai kemahiran ini, namun kebanyakannya berkait dengan penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan (KPT, 2006).

Secara umumnya tiada definisi yang tepat bagi menterjemahkan terma kemahiran insaniah.

Walau bagaimanapun, kemahiran insaniah dikaitkan dengan trait personaliti individu seperti bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan berinovatif.

Seseorang individu sama ada yang masih menuntut mahupun sudah bekerja harus memiliki kemahiran insaniah kerana kemahiran ini akan memberi kelebihan serta mampu meningkatkan kebolehpasaran seseorang dalam mencari pekerjaan.

Bagi yang baru menamatkan pengajian dan sedang mencari pekerjaan, berikut adalah tujuh (7) kemahiran insaniah yang perlu dikuasai:

  • Kemahiran berkomunikasi;
  • Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah;
  • Kemahiran kerja berpasukan;
  • Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat;
  • Kemahiran keusahawanan;
  • Etika dan moral profesion;
  • Kemahiran kepimpinan.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article