- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Perkongsian Ilmu Wujudkan Budaya Kerja Sihat Dalam Organisasi

Must read

Perkongsian ilmu yang konsisten menyumbang kepada perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan pekerj

Perkongsian ilmu merupakan proses dimana sekumpulan pekerja saling bertukar ilmu pengetahuan diantara satu sama lain dengan matlamat untuk mencipta pengetahuan baharu di kalangan rakan sekerja, secara tidak langsung akan dapat mengembangkan pengetahuan dalam sesebuah organisasi.

Menurut Simmonds, 2003, perkongsian ilmu terdiri daripada pemerolehan, penyebaran, perkongsian dan pengurusan pengetahuan sebaliknya, perkembangan profesionalisme berterusan adalah proses terancang dan sistematik dalam meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kecekapan peribadi.

Beberapa orang ahli pemikir mengatakan bahawa, sesetengah perkongsian ilmu melibatkan proses yang terdiri daripada membekal, menerima dan permintaan terhadap ilmu pengetahuan baharu di kalangan individu dalam sesebuah organisasi.

Dalam sesebuah organisasi, perkongsian ilmu atau pengetahuan adalah penting dalam memastikan seseorang pekerja dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan sekaligus berupaya meningkatkan prestasi pekerja dalam organisasi.

Dengan adanya perkongsian ilmu, para pekerja dapat berkongsi tentang cara kerja terbaik, meningkatkan percambahan idea yang lebih kreatif dalam aspek produk dan perkhidmatan, dan meningkatkan produktiviti dengan memendekkan proses penyelesaian masalah terutama apabila jalan penyelesaian yang berjaya boleh diguna pakai oleh pekerja lain.

Kebanyakan organisasi sama ada sektor awam mahupun swasta mulai menekankan kepentingan perkongsian ilmu dalam kalangan pekerja kerana ia dilihat dapat mewujudkan budaya kerja yang sihat dalam sesebuah organisasi.

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa melalui perkongsian ilmu, para pekerja dapat menyumbang kepada perkembangan profesionalisme mereka.

Tidak dinafikan bahawa, selain daripada peranan majikan dalam menggalakkan perkongsian ilmu dalam kalangan para pekerja, perkongsian ilmu dalam sesebuah organisasi juga wujud kerana adanya hubungan yang harmoni di kalangan pekerja dan majikan.

Hubungan yang harmoni ini telah mendorong seseorang pekerja sentiasa bersedia untuk bertukar dan berkongsi ilmu yang mereka miliki dengan rakan sekerja yang lain.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan organisasi harus merancang dan melakukan strategi-strategi dalam memastikan perkongsian ilmu berlaku secara konsisten demi perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan pekerja.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article