- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Penulisan Iklan: Kemahiran Penting Pemasaran Melalui Media Sosial

Must read

Penulisan iklan atau (copywriting) di laman media sosial merupakan salah satu kemahiran penting dan paling berharga yang harus dimiliki oleh pengurus media sosial.

Penulisan yang baik akan menarik perhatian pelanggan seterusnya memudahkan perhubungan dan ikatan dengan pelanggan.

Tarikan dalam penulisan iklan yang berkesan akan mendorong pelanggan untuk menikmati kandungan yang dikongsikan, setserusnya membawa mereka ke halaman arahan atau laman web anda.

Dalam dunia media sosial yang terdedah dengan gangguan (disruption), kemahiran menulis iklan yang hebat lebih adalah berharga daripada sudut pemasaran umum.

Sebagai contoh, Twitter menghadkan kandungan pada 140 patah perkataan. Walau bagaimanapaun, data menunjukkan, cicipan pendek dan ringkas dengan 70 hingga 100 perkataan mempunyai kadar penglibatan atau tarikan tertinggi.

Begitu juga dengan Facebook, iaitu penulisan dengan 40 pata perkataan menerima kadar penglibatan 86% lebih tinggi daripada catatan yang lebih panjang dan terperinci.

Kemahiran meringkaskan mesej tetapi jelas dan menarik tetapi berkesan dan signifikan untuk menarik perhatian umum adalah kemahiran yang berharga dan harus dikuasai oleh pengurus media sosial.

Memiliki kemahiran ini akan memberikan pulangan pelaburan dan keuntungan kepada organisasi anda mahupun diri anda daripada strategi pemasaran melalui media sosial.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article