Penjanaan pendapatan daripada produk kraf tangan mampu mengubah kehidupan. Bidang ini juga satu cara untuk meningkatkan kemahiran inovatif dan kreatif yang berupaya menyumbang kepada industri pelancongan.
Long Bedian adalah sebuah kawasan di pedalaman Bahagian Miri yang telah dinaik taraf menjadi Daerah Kecil berkuat kuasa pada 1 Ogos 2015 dan kini berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Telang Usan.
Pada 1946, masyarakat Kayan yang dipimpin oleh TK Tama Ingan Sang telah berpindah ke Long Bedian dan menjadikan lokasi tersebut sebagai penempatan yang kekal hingga sekarang. Dalam istilah tempatan Long bererti Kuala manakala bedian dalam dialek kaum Kayan merujuk kepada buah durian.
Highland Development Agency (HDA) adalah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Sarawak di bawah Recoda untuk memperluaskan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) ke kawasan pedalaman dan luar bandar negeri ini. HDA menyelia pembangunan kawasan tanah tinggi negeri yang berpotensi besar untuk dibangunkan dari segi infrastruktur dan juga dari segi ekonomi. Kawasan HDA meliputi kira-kira 18,463 km persegi dengan anggaran penduduk 100,000 orang.
UPMKB kini sedang menjalankan usaha merealisasikan hasrat Kerajaan Sarawak untuk mentransformasi kawasan Gedong, Simunjan, Sebuyau, Asajaya dan Utara Sarawak sebagai kawasan pengeluaran utama padi, nipah dan rumbia.
Program Transformasi Luar Bandar atau ringkasnya RTP (Rural Transformation Programme) merupakan antara agenda pembangunan yang memberi impak kepada kehidupan masyarakat luar bandar mahupun di pinggir bandar. Perubahan dalam kehidupan harian yang lebih baik telah dirasai penduduk sejak RTP dilaksanakan pada 2015.
The Darul Hana Housing development will be the first in Sarawak to implement the smart township concept, complete with 5G and high-speed Internet facilities. As the first Smart Township in Sarawak, each home would be equipped with Smart Metering system for their utilities including electricity and water, which is accessible through their smartphones online.