Penubuhan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 15 Oktober 2020 bertujuan untuk mempercepatkan tempo pembangunan di Bahagian Sri Aman serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Setelah kewujudan SADA (Agensi Pembangunan Sri Aman), antara agensi pembangunan wilayah terawal, sejak lima (5) tahun yang lepas, kini kita sudah mula dapat merasai dan menyaksikan impak pembangunannya dalam Kawasan pentadbiran SADA merangkumi seluruh Bahagian Sri Aman dari Lingga sehinggalah ke Lubok Antu.
Berpegang kuat dengan slogan, Merapat Jurang Pembangunan, Melonjakkan Potensi, SADA akan memastikan jurang pembangunan antara bahagian lain dengan Sri Aman dapat dirapatkan dan seterusnya mengetengahkan potensi yang sedia ada ke hadapan
Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) akan terus melonjakkan Bahagian Sri Aman ke satu aras yang lebih tinggi seiring dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.
Pameran di Galeri Rumah Sri Aman terdiri daripada empat tema keseluruhannya iaitu Rumah Atas Bukit, Era Rajah Putih, Pertempuran dan Perdamaian dan Air Pasang.
Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (PTLB) adalah salah satu inisiatif kerajaan yang sangat penting dan banyak memberi impak dalam membangunkan kawasan luar bandar dan mensejahterakan rakyat.
In Sarawak, the production of livestock is still relatively low and by 2050, the State aims to increase its ruminant production to 50 per cent self-sufficiency rate.
Pengoperasian air di Sri Aman adalah 71% daripadanya adalah air terawat dan 29% menggunakan alternative water supply (air tadahan hujan, gravity fit, grid air dan sistem SAWAS)
Madu kelulut mempunyai keunikan tersendiri iaitu dari segi khasiatnya yang lebih tinggi dari madu lebah dan rasanya berbeza-beza mengikut musim debunga serta debunga yang berada berdekatan sarang.