Kursus ini bertujuan untuk melatih anggota PUSAKA membangunkan reka bentuk basikal buluh yang sesuai untuk pasaran selain melatih mereka untuk mengelola bengkel basikal buluh. Inisiatif tersebut dijangka akan dapat membuka minda masyarakat tentang potensi spesies buluh negeri Sarawak untuk ditingkatkan kepada industri yang lebih besar seperti pembuatan basikal daripada buluh.
Projek rintis di Long Loyang merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MOUT).
DCC menjadi tempat terbaik untuk peniaga-peniaga pemula memulakan perniagaan kerana di samping dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan, mereka juga berpeluang menyertai program-program yang diadakan serta mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan.
Projek SSLR ini merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11, Rolling Plan 3. Penyeliaan pada peringkat pembinaan telah diserahkan kepada JKR Sarawak selaku Pengarah Projek.
Ramai yang menganggap kerja menguruskan sisa kumbahan sebagai kerja kotor, busuk dan remeh. Sebaliknya, kerja pengurusan kumbahan amat penting bagi memastikan keselesaan alam sekitar.
UPMKB kini sedang menjalankan usaha merealisasikan hasrat Kerajaan Sarawak untuk mentransformasi kawasan Gedong, Simunjan, Sebuyau, Asajaya dan Utara Sarawak sebagai kawasan pengeluaran utama padi, nipah dan rumbia.
Penjanaan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga alternatif akan dipertingkatkan untuk melengkapi inisiatif kecekapan tenaga, dan ia akan memberi tumpuan kepada pengurusan permintaan tenaga, yang seterusnya dapat memastikan pengurusan tenaga yang berhemah dan cekap.
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada awal Mei yang lepas telah memperkenalkan serta melancarkan kaedah meletak kereta tanpa kupon (Digital Parking) bagi memudahkan pembayaran tempat...