Dalam membangunkan Geopark Delta Sarawak, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan warisan termasuk pembangunan ekonomi dan pembangunan komuniti ditekankan dengan mengintegrasikan alam semula jadi dan pemuliharaan warisan budaya sebagai satu entiti yang seimbang.
Majlis Konvensyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang ke-26 turut meraikan 35 graduan kohot pertama Ijazah Sarjana Muda Program Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang mendapat tajaan biasiswa penuh daripada Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak.
Yayasan Sarawak turut memenuhi keperluan Kerajaan Sarawak dalam Pendidikan Sekolah Antarabangsa melalui pelaksanaan dan perancangan pembinaan lima (5) buah Sekolah Antarabangsa.
Projek Meter Pintar Sarawak Energy adalah sebahagian daripada inisiatif grid pintar untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan kecekapan operasi di mana ia adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Sarawak.
PUSAKA kini mempelbagai produk berasaskan buluh dan salah satunya adalah Basikal Buluh. Projek ini disifatkan sebahagian daripada inisiatif pembangunan produk nilai tambah daripada buluh, selain produk buluh kejuruteraan, arang buluh, bahan makanan, anyaman dan peralatan kosmetik.