Untuk meningkatkan taraf sosioekonomi golongan pekebun kecil, kerajaan akan memperkenal dan memperluas penggunaan teknologi RRIM Hydrobest kepada pekebun kecil melalui geran padanan.
Kawasan laut yang memerlukan perlindungan khas melalui intervensi oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) disebabkan oleh kepentingan kawasan tersebut untuk diiktiraf dengan alasan ekologi atau sosioekonomi atau saintifik dan yang mungkin terdedah kepada kerosakan akibat kegiatan maritim antarabangsa. Sumber: Laporan Kebangsaan Keenam kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi, 2019.
Dalam tempoh RMK-12, kita bakal menyaksikan peralihan seluruh negara kepada amalan ekonomi dan gaya hidup yang lebih mampan yang menghargai khazanah semula jadi dan kesihatan alam sekitar.
Dalam mengembalikan keupayaan perniagaan, kerajaan akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutama untuk pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan sektor formal.
The National Budget 2022 is rehabilitating and catalysing the reform of several targeted sectors including tourism, creative, retail, agriculture and commodity industries.
Kerajaan akan mempertingkatkan Program Pembangunan Keusahawanan yang berteraskan kepada Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) untuk memupuk minda yang bersesuaian kepada mereka yang berminat menjadi usahawan. Tumpuan akan diberikan kepada usaha membangunkan pelajar dengan set kemahiran keusahawanan kerana ia akan mewujudkan lebih banyak graduan yang boleh mencipta peluang pekerjaan.
Penyediaan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang cekap dan inklusif akan terus diberi perhatian dengan meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam, mempertingkat fasiliti perdagangan dan memperkukuh institusi serta rangka kerja awal selia.
Under the National Budget 2022, an allocation of RM1.7 billion is provided for the granting of subsidies and incentives for the agriculture and fishery industry.
Ketidaksamaan dan ketidakseimbangan antara negeri, dalam negeri dan wilayah masih wujud dan jurang pembangunan di antara kawasan luar bandar dan bandar pula masih berterusan. Oleh itu, dalam tempoh RMK-12, usaha akan dipergiatkan untuk mempercepatkan pembangunan yang lebih inklusif bagi negeri dan wilayah serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar.