Kerajaan akan mempertingkatkan Program Pembangunan Keusahawanan yang berteraskan kepada Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) untuk memupuk minda yang bersesuaian kepada mereka yang berminat menjadi usahawan. Tumpuan akan diberikan kepada usaha membangunkan pelajar dengan set kemahiran keusahawanan kerana ia akan mewujudkan lebih banyak graduan yang boleh mencipta peluang pekerjaan.
Penyediaan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang cekap dan inklusif akan terus diberi perhatian dengan meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam, mempertingkat fasiliti perdagangan dan memperkukuh institusi serta rangka kerja awal selia.
Under the National Budget 2022, an allocation of RM1.7 billion is provided for the granting of subsidies and incentives for the agriculture and fishery industry.
Ketidaksamaan dan ketidakseimbangan antara negeri, dalam negeri dan wilayah masih wujud dan jurang pembangunan di antara kawasan luar bandar dan bandar pula masih berterusan. Oleh itu, dalam tempoh RMK-12, usaha akan dipergiatkan untuk mempercepatkan pembangunan yang lebih inklusif bagi negeri dan wilayah serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar.
Dalam RMK-12, Kerajaan akan mempercepat penerima gunaan teknologi digital dan teknologi termaju untuk mewujudkan peluang baharu, secara tidak langsung, ia akan memaksimumkan potensi ekonomi digital serta mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.
Tumpuan RMK-12 juga akan diberikan kepada usaha mempercepatkan peralihan industri ini kepada yang lebih canggih dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang tinggi, memperluas pasaran global dan menarik pelaburan berkualiti.
The National Budget 2022 has garnered positive response from citizens regarding the initiatives and measures introduced for women’s welfare and well-being.
Given the opportunity and space, women can be the driving force for national productivity and economy.