Kerajaan sentiasa mendengar keluh-kesah anggota perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan bersetuju agar JPA menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan.
Malaysia kini dalam kelompok teratas pengeluaran lada dunia. anak syarikat MPB, Saraspice Sdn Bhd. akan dapat membantu memperkukuh kedudukan sektor industri lada di pelbagai peringkat selain menjadi pembekal unggul lada Sarawak yang berkualiti untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kursus ini bertujuan untuk melatih anggota PUSAKA membangunkan reka bentuk basikal buluh yang sesuai untuk pasaran selain melatih mereka untuk mengelola bengkel basikal buluh. Inisiatif tersebut dijangka akan dapat membuka minda masyarakat tentang potensi spesies buluh negeri Sarawak untuk ditingkatkan kepada industri yang lebih besar seperti pembuatan basikal daripada buluh.
PUSAKA menggalakkan orang ramai menanam buluh. Daripada buluh boleh dihasilkan papan, baju dan rebungnya boleh diproses untuk dijadikan tepung untuk membuat kuih muih, produk farmaseutikal dan kosmetik.
Menurut Pengarah Pendidikan Sarawak, pencapaian itu adalah berkat usaha gigih dan keprihatinan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak serta sokongan daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD).
Guru mempunyai tugas berat bagi melahirkan pelajar yang mampu membangunkan negara yang umpama obor yang memberi sinar harapan kepada insan yang dalam kegelapan, yang bernyala untuk menjadi panduan.
Penjawat awam harus mengembalikan semula kepercayaan kerajaan dan rakyat dengan menunjukkan prestasi bersungguh-sungguh dalam memastikan segala perancangan dalam RMKe-12 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Research, development, commercialization and innovation (R&D&C&I) plays a crucial role in fostering innovation and accelerating socioeconomic development towards ensuring a better quality of life.
Kadar guna tenaga lepasan ILP Miri mencatatkan peratusan yang tinggi, iaitu 93.7 peratus. Peratusan kadar guna tenaga yang tinggi ini dapat dicapai kerana 70 peratus proses pembelajaran di ILP Miri dijalankan secara praktikal. Keterlibatan dan jalinan kerjasama yang kukuh serta sukatan pelajaran yang dibangunkan bersama pihak industri berdasarkan keperluan dan permintaan industri turut menjadi faktor membolehkan majoriti lepasan ILP Miri berjaya mendapatkan pekerjaan.