Biasanya upacara miring disempurnakan oleh Ketua Adat dengan membaca mantera yang khusus serta melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.
Upacara Miring dilakukan dengan menggunakan piring yang dibahagikan kepada Piring Turun Tiga; Piring Turun Lima; Piring Turun Tujuh; Piring Turun Lapan; dan Piring Turun Sembilan.
Masyarakat Tagal di Sarawak kebanyakannya tinggal di Zon Utara (Lawas) terutama di kawasan yang berham piran dengan sempadan Sabah (Merapok dan Sindumin).
Walau bagaimanapun, ada juga kaum Tagal yang tinggal di kawasan batang sungai Trusan, Lawas seperti di Long Tengoa, Long Ibau dan Tang Sango B yang dikenali sebagai Tagal Kolor.
Merujuk kepada buku terbitan MAIS 2014 berjudul ‘Orang Ulu Traditional Courtship Marriage and Divorce’, salah satu persiapan yang paling berat sebelum majlis perkahwinan ialah memastikan bekalan makanan mencukupi.
Dalam majlis atau upacara perkahwinan, adalah penting dan wajib untuk ‘Paren Uma’ hadir menyaksikan perkahwinan tersebut bagi mengesahkan perkahwinan tersebut benar-benar dijalankan.
Kebiasaan yang diamalkan sejak dahulu kala masih lagi digunakan sehingga hari ini iaitu dalam urusan pendaftaran perkahwinan melalui adat dan pada hari ini juga, ketua kaum diwajibkan untuk menjadi saksi pertama.