Kolaborasi terkini Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 3 Februari 2023 melalui Memorandum Persefahaman yang membolehkan perkongsian maklumat data imej satelit dengan resolusi 1.5 meter bagi menghasilkan peta litupan tanah terkini. JTS pernah berkolaborasi dengan Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2022 berkaitan makmal satelit dengan mewujudkan CORS station di Sarawak selain dengan pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam pembangunan sumber manusia dan perancangan bandar.