Dalam tempoh RMK-11, pihak MARDI telah memindahkan sebanyak lebih 80 teknologi sehingga berjaya memberi banyak manfaat kepada para petani di negeri Sarawak.
Keseriusan kerajaan untuk memastikan pertumbuhan pesat dalam sektor pertanian dapat dilihat melalui pelbagai langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) untuk terus menggerakkan aktiviti ekonomi sektor pertanian di Sarawak.