Perkara yang ingin dicapai melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) adalah yang pertama, kemakmuran ekonomi (economic prosperity); kedua, keterangkuman sosial (social inclusivity); dan ketiga ialah kelestarian alam sekitar (environmental sustainability).
Syarikat Penerbangan Komuter Malaysia Timur yang pertama iaitu MASWings telah berjaya memenuhi keperluan perjalanan udara penduduk Sarawak dan Sabah dengan menyediakan tambang yang berpatutan, jadual dan hubungan yang mudah di kedua-dua negeri di Borneo.
Sarawak Biodiversity Centre (SBC) merupakan badan berkanun di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak yang menjadi peneraju pengkomersialan produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) berasaskan sumber asli Sarawak.