Anugerah Integriti, Governans Dan Antirasuah (AIGA) dizahirkan bagi merealisasikan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bagi menyemai etika dan budaya berintegriti dalam organisasi yang menjadi elemen utama pembangunan negara selain menyediakan platform persaingan yang sihat dalam kalangan organisasi sektor awam dan korporat dalam pembudayaan integriti, governans dan anti-rasuah dan menyokong usaha Kerajaan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan menjadikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah.
Ketelusan serta kepercayaan merupakan asas kepada kredibiliti mana-mana organisasi kerana tiada apa-apa yang boleh menjejaskan institusi berkesan dan perniagaan yang saksama lebih daripada rasuah dan itu sebabnya wujudnya MSISO 37001:2016 ABMS.