Mod pengangkutan air begitu penting kepada masyarakat Sarawak, terutama di kawasan-kawasan luar bandar yang sukar dihubungi melalui jalan raya.
Bentuk muka bumi Sarawak yang memiliki banyak sungai dan anak sungai juga menjadi faktor pengangkutan air masih relevan dan menjadi laluan perhubungan pilihan, malah juga merupakan satu-satunya laluan perhubungan bagi masyarakat di sesetengah kawasan.