Highland Development Agency (HDA) adalah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Sarawak di bawah Recoda untuk memperluaskan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) ke kawasan pedalaman dan luar bandar negeri ini. HDA menyelia pembangunan kawasan tanah tinggi negeri yang berpotensi besar untuk dibangunkan dari segi infrastruktur dan juga dari segi ekonomi. Kawasan HDA meliputi kira-kira 18,463 km persegi dengan anggaran penduduk 100,000 orang.