Kebiasaan kursus jangka pendek ini diadakan pada hujung minggu (bagi memudahkan mereka merancang masa) paling minimum lapan (8) jam dalam satu waktu dan ada yang 40 jam tetapi diadakan berperingkat-peringkat dan waktu serta minggu yang berlainan. Kursus jangka pendek ini diadakan kerana terdapatnya permintaan daripada pihak industri untuk meningkatkan kemahiran di kalangan pekerja mereka.