Kerajaan Sarawak telah menyediakan RM100 Juta untuk keseluruhan program ini dengan Yayasan Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini bagi meningkatkan bilangan doktor perubatan di Sarawak di samping menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada rakyat.
Majlis Konvensyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang ke-26 turut meraikan 35 graduan kohot pertama Ijazah Sarjana Muda Program Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang mendapat tajaan biasiswa penuh daripada Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak.
Sepanjang 50 tahun kewujudannya, Yayasan Sarawak telah pun melalui pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatannya. Pelbagai bentuk bantuan dan program pendidikan telah diwujudkan yang semuanya untuk anak dan rakyat Negeri Sarawak.