Sebanyak 32 Pusat Komuniti Digital (DCC) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), dan MPHLG juga telah berjaya menganjurkan pelbagai program digital, latihan, keusahawanan, kemahiran dan sebagainya.
Pusat Komuniti Digital (DCC) ditubuhkan sebagai satu usaha mewujudkan penggunaan digital secara inklusif khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dengan menyediakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sokongan dari segi infrastruktur digital dan perkhidmatan.
Pustaka Negeri Sarawak (PNS) telah dipilih sebagai pemenang hadiah Literasi Antarabangsa Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi program PANDei (People Accessible Network for Digital Empowerment & Inclusivity).
DCC menjadi tempat terbaik untuk peniaga-peniaga pemula memulakan perniagaan kerana di samping dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan, mereka juga berpeluang menyertai program-program yang diadakan serta mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan.
Dengan adanya Perpustakaan Desa yang telah dinaiktaraf menjadi DCC, hubungan antara penduduk kampung atau komuniti setempat bersama kakitangan DCC dan MPP akan menjadi lebih erat.
DCC mampu menjadi pusat pertumbuhan dan perkembangan syarikat pemula di Sarawak
Kemudahan yang disediakan di DCC memberi peluang kepada komuniti memperkasa kemahiran digital dan ICT