Program Transformasi Luar Bandar atau ringkasnya RTP (Rural Transformation Programme) merupakan antara agenda pembangunan yang memberi impak kepada kehidupan masyarakat luar bandar mahupun di pinggir bandar. Perubahan dalam kehidupan harian yang lebih baik telah dirasai penduduk sejak RTP dilaksanakan pada 2015.
Projek RTP ini sememangnya telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat di Serian lebih-lebih lagi ia dilihat sebagai suatu keperluan utama kerana secara umumnya, ia berupaya menjana pertumbuhan ekonomi dan strategi terbaik untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar.