BMTKM melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak seperti universiti awam, pihak swasta, pertubuhan masyarakat sivil, organisasi berasaskan komuniti, pemimpin setempat dan lain-lain. Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) memainkan peranan utama sebagai penyelaras di peringkat negeri bagi program BMTKM di Sarawak.
Program Nyengok Kabar ini berkonsepkan turun padang atau Corporate Social Responsibility (CSR) yang menjadi medium pengantara bagi Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak mendekati dan menyantuni golongan yang lebih memerlukan.